Video Live


Facebook

INSTAGRAM

Muzakarah

Sumbangan Fakir Miskin

Sumbangan Anda Amatlah Dialu-Alukan Dan Boleh Disalurkan Terus Ke :

Akaun (BMMB Muamalat) : 0301-000-5757-713
Sumbangan boleh dibuat atas nama : Tabung Ihya' Ramahdan
Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :-
Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI,
09-745 4104
Atau

Haji Wan Sharafi
Bahagian Pembangunan Ihsan
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
No. Tel : 09-74541000
No. Hp : 019-9849033
Home Keratan Akhbar
Program ihya di Qaryah Ramadhan ada kelainan PDF Print
Written by Administrator   

Program ihya' di Qaryah Ramadhan ada kelainan (Harakahdaily)

Muhammad Yusri Amin, 05 Jul 2013


Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerima cenderahati daripada wakil Majlis
Agama Islam Narathiwat sambil disaksikan Menteri Besar.

KOTA BHARU: Pengisian program Ihya’ Ramadhan tahun ini khususnya di Qaryah Ramadhan, Dataran Stadium di sini selain solat tarawih dan tilawah Al-Quran, akan dipenuhi juga dengan aktiviti membabitkan pelajar Pasti negeri.

Bahkan, kelainan sambutan Ihya’ Ramadhan di Kelantan tahun ini ialah penggemblengan anak muda, ‘Mat Rempit’ dengan galakan bertadarus di masjid dan surau di negeri ini khususnya di Qaryah Ramadhan pada awal malam selepas solat tarawih dan waktu dinihari sebelum bersahur.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata dalam konteks menyebarkan Islam kepada rakyat, penambahbaikan kepada sambutan Ihya’ Ramadhan sentiasa dilakukan setiap tahun.

“Puluhan tahun kita berada di Medan Ilmu ini, telah banyak ilmu Islam disebar dan dipungut rakyat.

“Bahkan inilah rahsia sebenarnya kejayaan kita di Kelantan mempertahankan pemerintahan dan pentadbiran Islam, selama 23 tahun," ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan 1434 Hijriah di Medan Ilmu di sini hari ini.

Turut hadir Mursyidl Am PAS yang juga mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Dr Ramli Mamat serta imam solat tarawih Qaryah Ramadhan, Syeikh Hisham Abdul Bari dan Syeikh Ahmad Tamim dari Mesir.

 
Penafian : Laman Web Madinah Ramadhan MPKB-BRI tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau
daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.