Video Live


Facebook

IJAZAH SANAD SOHIH BUKHARI

Muzakarah

Sumbangan Fakir Miskin

Sumbangan Anda Amatlah Dialu-Alukan Dan Boleh Disalurkan Terus Ke :

Akaun (BMMB Muamalat) : 0301-000-5757-713
Sumbangan boleh dibuat atas nama : Tabung Ihya' Ramahdan
Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :-
Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI,
09-745 4104
Atau

Haji Wan Sharafi
Bahagian Pembangunan Ihsan
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
No. Tel : 09-74541000
No. Hp : 019-9849033

Home Madinah Ramadhan
PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 25 May 2017 00:00

PROGRAM MADINAH RAMADHAN 


Program Madinah  Ramadhan 1438H/2017M Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam akan
bermula Awal Ramadhan (1 Ramadhan 1437H / 27 Mei 2017) hingga Awal Syawal (1 Syawal 1437H
/ 25 Jun 2017) bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Antara aktiviti utama yang akan diadakan adalah:-

  1. Solat terawih berjemaah
  2. Berbuka puasa dan bersahur
  3. Penyampaian sumbangan fakir miskin
  4. Tazkirah dan bicara keilmuan
  5. Relay bacaan Al-Quran, majlis khatam Al-Quran, munajat dan bacaan Yasin
  6. Sepetang di ambang iftar
  7. Mubarak cafe dan bazar Al-Rahman

ihya_buka2_1ihya_buka-2

BERBUKA PUASA (IFTAR) DAN BERSAHUR

Program iftar dan bersahur diadakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Berdasarkan pengalaman Majlis pada tahun-tahun sebelum ini, sambutan orang-ramai terhadap program ini amat menggalakkandi mana ia dihadiri tidak kurang daripada 1200 orang bagi iftar dan  100 orang bagi bersahur setiap hari.

ihya_buka-3ihya_buka-4

KHEMAH TERAWIH

Program solat terawih yang diadakan pada tahun-tahun sebelum ini dihadiri di antara 2,000 hingga 3,000 orang setiap malam. Bahkan pada malam-malam tertentu, kehadiran mereka dianggarkan mencecah sehingga 5,000 orang.
Bagi menampung keperluan tersebut, sejak tahun 2008, Majlis telah menyediakan marquee tent yang mempunyai keluasan 5,600 kaki persegi serta tambahan khemah-khemah arabian dan
piramid.

IMAN TERAWIH 
Sejak tahun 2007 lagi, Majlis telah menjemput Imam-imam dari Mesir bagi mengimamkan solat terawih dan sambutan yang diberikan oleh masyarakat amat memberangsangkan. Langkah ini
merupakan faktor utama Program Ihya’ Ramadhan yang dianjurkan oleh Majlis ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.

ihya_buka-5ihya_buka-6

PENGAGIHAN SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN

Salah satu program terbesar sepanjang bulan Ramadhan yang dianjurkan Majlis adalah pengagihan sumbangan dan bantuan kepada pelbagai golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin, orang kurang upaya dan sebagainya. Majlis menganjurkan program ini setiap tahun kerana Majlis merasakan nasib mereka perlu dibela demi kemakmuran bandar ini.
Keseluruhan peserta dari golongan ini mencecah sehingga 1,500 orang dan mereka dipilih dariSeluruh kawasan Pentadbiran Majlis.

ihya_buka-7ihya_buka-8


Last Updated on Tuesday, 06 June 2017 05:29
 
Penafian : Laman Web Madinah Ramadhan MPKB-BRI tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau
daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.