Video Live


Facebook

Muzakarah


Sumbangan Fakir Miskin

Sumbangan Anda Amatlah Dialu-Alukan Dan Boleh Disalurkan Terus Ke :

Akaun (CIMB BANK) : 03110000624100

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :-
Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI,
09-7433101
Atau

Mohd Hafeez Bin Ab. Samad
Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
No. Tel : 09-7402241
No. Hp : 012-2513769
Email : hafeez@mpkb.gov.my

Home
Ihya Ramadhan



page-main

 
QR0
QR1
QR2
QR3
QR4
QR5
QR6
QR7
 
PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 04 May 2011 00:00

Program Ihya


Program Ihya’ Ramadhan 1434H/2013M Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam akan bermula Awal Ramadhan (1 Ramadhan 1434H / 10 Julai 2013) hingga Awal Syawal (1 Syawal 1434H / 08 Ogos 2013) bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Antara aktiviti utama yang akan diadakan adalah:-

  1. Solat terawih berjemaah
  2. Berbuka puasa dan bersahur
  3. Penyampaian sumbangan fakir miskin
  4. Tazkirah dan bicara keilmuan
  5. Relay bacaan Al-Quran, majlis khatam Al-Quran, munajat dan bacaan Yasin
  6. Sepetang di ambang iftar
  7. Mubarak cafe dan bazar Al-Rahman

ihya_buka2_1ihya_buka-2

BERBUKA PUASA (IFTAR) DAN BERSAHUR

Program iftar dan bersahur diadakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Berdasarkan pengalaman Majlis pada tahun-tahun sebelum ini, sambutan orang-ramai terhadap program ini amat menggalakkan di mana ia dihadiri tidak kurang daripada 500 orang bagi iftar dan 100 orang bagi bersahur setiap hari.

ihya_buka-3ihya_buka-4

KHEMAH TERAWIH

Program solat terawih yang diadakan pada tahun-tahun sebelum ini dihadiri di antara 2,000 hingga 3,000 orang setiap malam. Bahkan pada malam-malam tertentu, kehadiran mereka dianggarkan mencecah sehingga 5,000 orang.
Bagi menampung keperluan tersebut, sejak tahun 2008, Majlis telah menyediakan marquee tent yang mempunyai keluasan 5,600 kaki persegi serta tambahan khemah-khemah arabian dan piramid.

IMAN TERAWIH
Sejak tahun 2007 lagi, Majlis telah menjemput Imam-imam dari Mesir bagi mengimamkan solat terawih dan sambutan yang diberikan oleh masyarakat amat memberangsangkan. Langkah ini merupakan faktor utama Program Ihya’ Ramadhan yang dianjurkan oleh Majlis ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.

ihya_buka-5ihya_buka-6

PENGAGIHAN SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN

Salah satu program terbesar sepanjang bulan Ramadhan yang dianjurkan Majlis adalah pengagihan sumbangan dan bantuan kepada pelbagai golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin, orang kurang upaya dan sebagainya. Majlis menganjurkan program ini setiap tahun kerana Majlis merasakan nasib mereka perlu dibela demi kemakmuran bandar ini.

Keseluruhan peserta dari golongan ini mencecah sehingga 1,500 orang dan mereka dipilih dari seluruh kawasan pentadbiran Majlis.

ihya_buka-7ihya_buka-8


Last Updated on Monday, 24 June 2013 03:04
 

Pengumuman

Program Harian


Takwim


Kalendar

Last month April 2014 Next month
S M T W T F S
week 14 1 2 3 4 5
week 15 6 7 8 9 10 11 12
week 16 13 14 15 16 17 18 19
week 17 20 21 22 23 24 25 26
week 18 27 28 29 30

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan Program Ihya Ramadhan Yang Dianjurkan Oleh MPKB-BRI?
 

Pengunjung Online

We have 2 guests online

Statistics

Members : 3
Content : 61
Web Links : 6
Content View Hits : 9499
Penafian: Ihya Ramadhan MPKB-BRI tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau
daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.