• Solat Tarawih
MetroPagina.com
MADINAH RAMADAN 1443H/2022M sekali lagi menganjurkan Program Daurah Al Quran Madinah Ramadan yang mana akan bermula 1 Ramadan 1443H (03 April 2022M) sehingga 29 Ramadan 1443H (01 Mei 2022M).
 
  Program yang menampilkan Tokoh Pengkuliah Tafsir Al Quran terkemuka Negeri Kelantan ini akan bermula pada pukul 9.00 pagi dan akan berakhir pada pukul 1.00 tengahari dengan pengisian Tadarus Al Quran oleh Sheikh Qurra' Pertubuhan Akademi Al Quran iaitu Sheikh Hesyam Abdel Bari serta sesi Tafsir Al Quran oleh para pengkuliah mengikut tema yang telah ditetapkan. Dijemput kepada semua masyarakat untuk sama-sama hadir ke Madinah Ramadan bagi memeriahkan program Daurah Al Quran demi penghayatan Al Quran sepanjang Ramadan.